Thursday, May 17, 2012

Tanyalah ustazah vs Ustaz DOn

Assalammualaikum...
Entry kali ni sekadar untuk memperingati diri sendiri.. agar ilmu yang didengar semalam terus diingati.. Manusia ni klu tidak dicatit pasti terlupa nanti... Sebagai peringatan buat diri sendiri baik ler aku coret kat sini....

Pagi semalam semasa tgk tanyalah ustazah (ulangan) mengenai sedekah.. sesuatu yang melekat dalam hati ni bila ada sorang makcik tny "Ustazah, orang yang kaya amat beruntung kerana mereka solat seperti biasa, puasa seperti biasa tetapi mereka dapat selalu bersedekah. Sedangkan golongan yang biasa solat seperti  mereka, puasa seperti mereka tetapi pahala bersedekah mungkin kurang atau tiada. Bagaimana caranya agar golongan yang tidak kaya ini memperoleh pahala yang sama seperti orang kaya suka bersedekah.

Ustazah jawab: " Pahala yang sama seperti amalan bersedekah adalah istiqomah bertasbih dan bertahmid.

Ooo.... baru ler cek tau.. klu tak mampu bersedekah menggunakan RM ... dan harta ....  selepas solat tu bertasbih la.... pahalanya sama seperti bersedekah..

Tp sedekah bkn melibatkan duit sahaja... Senyum pun sedekah.....



Malamnya pula,, tengok Al-Hijrah...........

PEsan Ustaz Don .. Sumber ini dari hadis sahih (tp x ingat sape, maklumler kita bkn ustazah) .

Selepas solat subuh Bacalah (10 kali) dan 100 kali bagi sepanjang hari... maka akan gugurlah 100 dosa dan datang nya 100 pahala...

Sepanjang 30 minit bersama Ustaz Don, peringatan itu melekat ke jiwa ini.. Mudah-mudahan dipermudahkan untuk mengamalkan nya dengan istiqomah. Amin.. 



No comments:

Post a Comment