Thursday, December 12, 2013

Vitamin C Shaklee

Dah hampir 2 minggu consume Vitamin C 500mg Shaklee... Perubahan yang paling ketara bila terasa tapak kaki dah semakin halus.... Wah.. Dah kurang pecah-pecah tumit ni.. Seronok sangat... Tapi macam biasa bila ambil supplement memang tak konsisten... hehehehe... dalam seminggu ada jer hari yang terlupa. 

Tapi, masih berkesan. So, pada spesis macam saya yang selalu culas makan supplement... Jom cuba Vitamin C Shaklee. Harganya sangat berpatutan dan mampu milik. 

Apa... Nak tengok testimoni tumit.. Maaf yer. Itu aurat saya... Tak dapat tunaikan. Nanti kalau saya perasan part lain (eg. Muka) saya akan uploadkan. 

Tumit Pecah

Jika minat nak tahu lebih lanjut pasal Vitamin C 500mg Shaklee ni boleh contact 018-5755026 (Wassap @ SMS atau PM:  www.facebook.com/IjaRichWardrobe/messages  )  insya allah akan cuba membantu. 


Wednesday, December 11, 2013

10 tips Keibubapaan dari Prof Dr. Muhaya




Bila usia semakin banyak, bila anak semakin membesar, terasa diri ini kecil sangat dalam mendidik anak-anak. Terasa cabarannya sungguh besar. Mendidik mereka agar mereka menjadi anak syurga satu hari nanti. Bila mereka berjaya disyurga. Insya Allah rezeki kita ada jugakan..

So, ini nak share skit Tip Parenting dari Prof Dr Muhaya. Segmen reset minda dah jadi makanan rohani saya. Sangat mengkagumi Prof.


So, ini tipsnya yer..

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Prof. Dr. Muhaya Mohomad

Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

*Perkongsian ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri agar tidak tersasar dari landasan. 

Salam Sayang, 

Ija 

Wednesday, May 15, 2013

Dunia baru bersama Shaklee

Buat yang terbaca blog ni.. 
Jom visit blog bisnes saya... 

http://ijarichwardrobe.blogspot.com 



Jatuh cinta dengan produk ni, terus jadi ahli... Itu je yang menyebabkan join bisnes bersama shaklee ni.. 
Kalau ada yang berminat dengan produk ni dan nak tambah pendapatan sampingan dengan cara yang halal. Jom follow saya... Sangat simple dan mudah.... 
In Syaa Allah yakin Allah bersama kita dan DIA yang memudahkan urusan kita. 
Amin


Friday, May 10, 2013

Satu Hari Nanti

Assalammualaikum... 

Hmm.. tajuk satu hari nanti... apa la citer nye agaknyer yer... hehehe... 
Simple jer ...... 
Sebenarnya ada satu impian yang tengah membara dalam jiwa ni... 

Ta da.............. 

Nak sangat office yang simple kat rumah... 
Nak studty senang, nak manage bisnes senang, nak fail capai jer.. Lappy pun letak jer kat situ, Printer pun dah dok statik.. hmm... bestkan dapat office simple ala-ala macam dalam pic ni... Kat web tu banyak lagi deko idea. For those yang tercari-cari idea nak deko rumah ker office ke bilik tidor ke dapur ke... gi je la kat page tu.. Banyak lagi page yang lain.. GoOgLe kan aje... hehee... 

Salam sayang................. 
Ija 

Al kisahnya.......

Hmm.... Lama tak menulis di sini.. 


Dok sibuk update kat http://IjaRichWardrobe.blogspot.com tentang produk Shaklee... 
Selama ni dok makan jer vitamin shaklee, tak kisah pun nak jadi member coz memang dapat beli dengan harga member dar member yang jual ni.. Tapi bila fikir-fikir balik apa salahnya jadi member and share dengan yang lain. Coz produk ni memang bagus. 
Pendek cerita Ija bukan la baru jer mula makan product shaklee ni, tapi masa sekolah rendah lagi MAMA dah bagi makan vitamin from Shaklee.. Lamakan. Lepas tu stop. 
Masa menyusukan Fahmy and Alya, masa tu tak kisahkan sangan tetang vitamin ni.. Ye la masa menyusukan yang dua tu umur ala-ala muda lagi tambahan pula knowledge tentant vitamin ni tak tau sangat. 
Bila production susu tu menurun, minum air longan n red dates pun dah banyak membantu disamping sayur kucai tumis. Masa Fahmy and Alya tak de sangat masalah pengurang susu... Meriah jer... 
Sampai masa Amsyar terasa production menurun.. Semangat pun drop.. masa tu ala2 kiciwa gak la... Ye la baby baru 6 bulan dah mula tarik stok.... Pening mak.. Memang la stok banyak, tapi sayang tu... Terlalu awal untuk tarik stok. Dan minda ni belum bersedia untuk mix kan susu amsyar with cow milk... Terasa berdosa bila tidak dapat menunaikan tanggunggjawab menyusukan tu... SAYANG ooooo........... 

Masa tu dah mula survey method lain selain red dates, longan kering, sayur kucai dan lain yang memerlukan komitmen seperti memasak, merendam dan perkara yang remeh. Ye la, ramai nak di layan. Anak dah tiga.. Kalau boleh nak cepat jer.. Dalam pencarian tu terjumpa lah, ramai mothers di luar sana menggunakan shaklee sebagai milk booster and their health. Tapi masa tu dok nak beli, tapi tak terbeli-beli. Bertangguh punya kerja la ni.. 

Masa Amyar 6 bulan, dia warded sbb jangkitan paru2... Tambah pulak weight gain Amsyar tak berapa bagus. Mana taknya kat line merah.. Mula-mula tak kisah sangat sebab abang n kakak amsyar pun masa full breastfeed tak le berat mana.. cuma kat area border line juga la... cuma x masuk line kuning or merah. So, masa kat ward macam biasa doktor tanya minum susu apa... Dengan bangga jawab susu ibu... Bila tanya kekerapan citer la... bla bla bla............. Tetiba doc bole cakap apa tau, mungkin badan mummy Amsyar ni yang kurang zat kot, so, bila Amsyar BF dia dah ambil banyak zat yang ada dalam mummy so, badan mummy pun perlukan zat yang cukup untuk memastikan diri mummy and Amsyar sihat (ala2 macam tu la ayat doktor tu, tak berapa nak ingat sangat.) So, dia cadangkan kalau tak nak mix susu Amsyar mummy makan vitimin untuk mummy sendiri... Maklumler umur 30+, kalsium making kurang. 

Nak ringkaskan cerita, lepas tu bermulalah kehidupan dengan Shaklee, mula2 ambil trial set B shaklee dengan ESP.. alhamdulillah.............. badan Ija sihat, Amsyar pun sihat....... Walaupun Amsyar nampak kecil tapi kalau dukong.. mak ai.. .lenguh.. tak der stroller.... jenuh menahan kelenguhan... 

So, pada yang minat nak tambah susu badan, nak cantikkan kulit, pendek cerita nak maintan sihat n cantik, boleh le PM ija kat facebook htpp://facebook.com/IjaRichWardrobe, detail ada kat blog Ija mengenai Shaklee.  http://IjaRichWardrobe.blogspot.com

Ok lah, stop kat sini dulu... 

Salam sayang, 
Ija 
(hari demi hari yang ditempuhi, lebih mematangkan fikiran ini)  

Friday, January 25, 2013

ESP - Soy Protein Isolate Powder


ESP - Soy Protein Isolate Powder
 
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Strees

Pagi ni terfikir nak tulis tentang stress di tempat kerja.....
Macam mana ler boleh dpat idea ni....
Mudah jer....
Masuk2 opis, tengok orang stress dan merempan kat dalam opis ni.....
Cara haku senang jer....

Tengok jer keletah orang tu....
Lepas tu cari earphone dalam drawer pastu sumbat kat telinga...
On tab dengar ikim.fm online lagi bagus.... Sekurang-kurangnya ada ilmu yang aku dapat...
Daripada dengar rungutan negatif orang yang akan memberikan kesan tak baik pada diri sendiri baik aku layan diri sendiri and buat kerja sendiri.... Abaikan sekeliling.... Yang penting persekitaran negatif tak mengganggu diri ini.... dan kerja aku jalan.

Simple kan....


Tuesday, January 22, 2013

Semester Break




Alhamdulillah.. cuti bermula.... penat rasanya study sem ni... Terasa masa tu singkat sangat. So, minggu ni rasa lega sangat.... Otak ni relax dari segalanya..... Tp balik exam buat kerja rumah non-stop... Huhuhu... dah tanggungjawabkan.... Tp bila mengemas rumah ni terasa enjoy sangat.


Bagi diri sendiri mengemas rumah ni semacam satu terapi untuk diri sendiri... Hilang stress rasa.... Enjoy sangat...


Monday, January 21, 2013

Lama tak menulis

Huh... Lama sungguh tak menulis ni... Rasa rindu tapi penyakit M tu besar sangat... Cuma azam tahun baru hari tu terselit ler azam nak maintain menulis... Insyaallah tahun ni azam tu akan ditunaikan.... Tapi dah separuh bulan 1 baru start menulis... Ye lah.. Tahun baru 2013 ni bermula dengan kehidupan baru yang sangat busy..

2 Jan 2013
Fahmy dah start tadika... Rutin pagi hantar baby dulu... pastu hantar Abang. Balik kerja, siapkan makan malam yang simple2 jer.... (diet konon)   so, nanti time fahmy and acha gi nganji x der ler ngantuk..  Sbb tu kena makan awal..

Bila dah tiga hari macam tu, rasa penat nyer... Ibu yang penat.... Budak2 ni tengok selamber jer....

Alhamdulilllah... Fahmy kat tadika ok... tak nangis tak moody... Alhamdulillah.... Lega sangat rasa...

Masuk week 2 sekolah... Dah nampak Fahmy dah demam. Sekali hari rabu dia demam.. Tanya kenapa demam selamba jer jawab... Fahmy penat.. Ala cian nye anak ibu... So, ponteng ler sehari.

Sekarang ni dah nampak ok skit dari segi fizikal... Tapi bila ada homework macam penat jer nak buat. Suruh buat kat rumah pengasuh tak nak. Nak juga buat kat rumah. Alamatnya lepas ngaji ler baru buat homework. Pastu tergesel2 mata tu mengantuk....